Siri iPhone 15 dilaporkan sebelum ini akan lebih mahal dek kerana teknologi dan pembaharuan yang bakal diperkenalkan. Kini, penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo menyatakan permintaan iPhone 15 lebih rendah daripada iPhone 14.
Apple 8月3日法說對Apple與供應鏈的股價影響預覽 / The preview of how Apple's earnings report on August 3 will affect Apple stocks and the supply chainhttps://t.co/yb55UYVd3b
— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) August 2, 2023
Kenyataan itu adalah berdasarkan sandaran maklumat yang ada ketika ini. Namun begitu, banyak syarikat pembekal komponen untuk iPhone 15 ini akan terkesan sekiranya permintaan sama seperti ramalan Kuo itu.
Hal ini demikian kerana ramalan pengeluaran produk Apple pada pertengahan kedua 2023 agak lemah jika dibandingkan dengan pertengahan kedua tahun lepas.
{suggest}
Walau bagaimanapun, ini adalah ramalan dan jangkaan sahaja. Pelbagai perkara boleh berlaku pada masa akan datang dan tidak mustahil pelancaran siri iPhone 15 dapat mengubah perspektif tersebut.
Beli Peranti Apple Di Shopee: https://invl.io/cljgajt
Beli Peranti Apple Di Lazada: https://invol.co/cljgak7
Sumber: Ming-Chi Kuo