Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter musk

Harga Langganan Twitter Blue Dijangka Meningkat

Posted on Oktober 31, 2022

Elon Musk telah melakukan beberapa langkah yang drastik sejak pembelian syarikat Twitter secara rasmi. Salah satunya adalah mengenakan kenaikan harga kepada pelan langganan Twitter Blue.

Nampaknya seperti pemilik syarikat Tesla ini tidak akan membiarkan akaun yang telah disahkan untuk kekal dengan lama dengan rasa senang. Langganan Twitter Blue di mana merupakan pelan pilihan bagi pengguna telah dinaikkan harga sehingga empat kali ganda.

{suggest}

Pengguna perlu membayar US$ 19.99 (~RM95) sebulan hanya untuk mengekalkan tanda biru yang sah pada akaun yang dikhendaki. Kepada sesiapa yang gagal untuk berbuat demikian, maka tanda tersebut akan hilang dalam masa 90 hari.

Ini merupakan salah satu tindakan drastik yang dilakukan oleh Elon Musk hanya untuk menyingkirkan mana-mana spam bot yang semakin berleluasa. Katanya, matlamat utama adalah untuk menjadikan platform microblogging ini kepada sebuah platform pengiklanan yang paling terhormat di dunia.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress