Telah tersedia sejak tahun lalu, Sony Interactive Entertainment (SIE) kini mengumumkan kenaikan harga langganan PlayStation (PS) Plus untuk pasaran global, termasuk Malaysia.
{suggest}
SIE memaklumkan kenaikan harga hampir 50% itu hanya melibatkan langganan tahunan PS Plus, manakala langganan 1 bulan dan 3 bulan dikekalkan pada harga sedia ada.
Berikut adalah harga langganan baharu PS Plus, berkuat kuasa 6 September 2023.
- PlayStation Plus Essential: RM235/tahun (harga lama: RM159/tahun)
- PlayStation Plus Extra: RM400/tahun (harga lama: RM269/tahun)
- PlayStation Plus Deluxe: RM460/tahun (harga lama: RM309/tahun)
Walaupun harga langganan 12-bulan telah dinaikkan, SIE berkata harganya masih kekal pada kadar diskaun jika dibandingkan dengan pembelian langganan 1 bulan atau 3 bulan dalam tempoh 12 bulan.
Sementara itu, bagi pelanggan 12-bulan sedia ada, kenaikan harga ini tidak akan berkuat kuasa sehingga tarikh pembaharuan yang seterusnya berlaku pada atau selepas 6 November 2023.
Namun, jika sebarang perubahan keahlian dibuat pada atau selepas 6 September, seperti naik taraf, menurunkan taraf atau membeli masa tambahan, pelan langganan akan dikemas kini dengan harga langganan baharu.
Sumber dan gambar utama: PlayStation Blog