Sebelum ini telah tersebar gambar komputer riba pertama realme sebelum pengumumannya dibuat semasa acara pelancaran realme GT 5G. Terkini, rekaan render realme Book tersebut yang dibuat oleh OnLeaks telah didedahkan.

realme Book tampil dengan bezel yang agak nipis bersama paparan FHD-LED berukuran 14-inci dengan panel anti silau. Manakala, rekaan papan kekunci dan pad sentuh (track pad) kelihatan seakan sebuah Apple MacBook.

Spesifikasi dalamannya pula dikhabarkan dijana cip pemprosesan generasi 11 dari Intel dengan varian i3 atau i5. Walaupun belum diberitahu, RAM dan storannya juga mungkin hadir dengan pelbagai pilihan.

Antara lainnya ia mempunyai butang kuasa sensor cap jari, bicu audio 3.5mm, serta dua port USB-C dan satu USB-A. Komputer riba ini juga mungkin dimuat sistem operasi Windows 10 dan Microsoft Office didalamnya.

Tanda harga realme Book ini dianggarkan sekitar Rs40,000 (~RM2,251) untuk varian asas dan dijangka dilancarkan pada penghujung bulan Ogos di India.

Sumber: giznext

Baca juga – Ini Mungkin Rupa realme Pad, Tablet Pertama Keluaran realme

Baca juga – Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi realme GT Master Edition