Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Harga Filem Jadi Lebih Mahal, Kodak Naikkan Harga Sehingga 40%

Posted on Januari 12, 2023

Syarikat pengeluar utama filem, Kodak dilaporkan bakal menaikkan harga jualan bagi filem keluaran mereka sehingga 40% di seluruh dunia bermula seawal bulan Januari ini.

Peningkatan harga filem ini dibuat ketika permintaan terhadap filem kini kembali meningkat oleh penggemar fotografi analog.

Malah kebangkitan semula populariti filem seolah-olah mengejutkan Kodak. Oktober Kodak menyatakan bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan pengguna dan berusaha keras untuk mengambil lebih ramai pekerja, bagi memenuhi permintaan filem di pasaran.

{suggest}

Ia dilihat sebagai pemulihan yang luar biasa selepas syarikat Eastman Kodak memfailkan bankrap lebih sedekad lalu.

Walaubagaimanapun, peningkatan harga filem sehingga 40% yang ditetapkan Kodak itu  dilihat sebagai sedikit melampau yang mungkin memberi kesan kepada peminat fotografi filem.

Sumber: Peta Pixel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress