Sebelum ini telah dilaporkan tentang berlakunya gangguan rangkaian Celcom sehingga 5 Julai 2021 di beberapa lokasi di 6 negeri.

Tetapi kemudiannya Celcom memaklumkan isu liputan rangkaian mereka yang berlaku di 6 negeri tersebut hanya akan dapat dipulihkan pada 5 0gos 2021 nanti.

6 Negeri yang terjejas itu termasuklah Perak, Johor, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Sabah yang melibatkan beberapa daerah di dalam negeri-negeri tersebut.

Celcom menyatakan, sebahagian pelanggan Celcom di beberapa daerah dalam negeri terbabit akan mengalami gangguan perkhidmatan suara, mesej SMS dan perkhidmatan data yang berpunca daripada masalah satelit Measat.

Tapi dari hasil semakan terkini, Celcom memaklumkan bahawa hanya tinggal 4 negeri sahaja lagi yang masih terjejas dengan rangkaian mereka.

Ini kerana 2 daripada 6 negeri yang alami isu rangkaian Celcom sudah pun berjaya dipulihkan sepenuhnya iaitu di negeri Perak dan Terengganu.

Jadi kini isu liputan Celcom yang belum dipulihkan sepenuhnya hanya tinggal 4 buah negeri sahaja lagi iaitu Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Daerah yang terkesan dengan isu rangkaian Celcom di dalam negeri tersebut juga sudah berkurangan kepada 20 daerah sahaja kesemuanya.

Berikut adalah daerah-daerah yang masih mengalami gangguan rangkaian Celcom di 4 buah negeri tersebut:-

Jadi kepada pengguna Celcom yang terjejas diharap bersabar kerana isu tersebut dijangka akan dapat dipulihkan sepenuhnya pada 5 Ogos ini.

Sumber: Celcom

Baca juga: Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro

MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya

Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai

Gangguan Liputan Celcom Di 6 Negeri Kini Berlanjutan Sehingga Ke Bulan Ogos Pula