Pada acara pelancaran siri iPhone 14 minggu lepas, Apple telah memperkenalkan ciri baharu yang dipanggil sebagai Dynamic Island. Diletakkan pada paparan berlubang bagi model iPhone 14 Pro, Apple memanfaatkan Dynamic Island dengan menjadikan paparan tersebut tidak hanya berlubang, namun mempunyai fungsi tertentu seperti paparan notifikasi, muzik dan sebagainya.
Terbaharu, pembangun bebas Mi Theme dilaporkan telah menghasilkan tema Dynamic Island untuk versi Android pada telefon Xiaomi, hanya kurang seminggu selepas ciri tersebut diperkenalkan.
{suggest}
Melalui klip video yang dimuat naik di Twitter, ia memperlihatkan notifikasi dan muzik yang dimainkan dengan gaya seakan Dynamic Island, pada perisian MIUI Xiaomi. Dinyatakan, tema yang dipanggil Grumpy UI hanya tersedia dalam versi bahasa Cina sahaja.
Dynamic Island Style Notifications / Now Playing on Xiaomi MIUI. Mi Theme Developers never disappoint 😎 pic.twitter.com/ImHmbkRZnb
— Vaibhav Jain (@vvaiibhav) September 11, 2022
Dikhabarkan juga, tema tersebut masih lagi dalam proses semakan dan jika Xiaomi meluluskan tema tersebut, ia akan tersedia secara umum melalui stor MIUI Themes.
Sumber: Android Authority