Aplikasi pelayar Microsoft Edge dilaporkan akan menerima kemas kini utama yang memfokuskan ciri keselamatannya.

Ciri keselamatan yang dikenali sebagai Control-Flow Enforcement Technology (CET) merupakan teknologi yang dibangunkan Intel dan kini Microsoft sedang memuatkan ciri tersebut ke dalam aplikasi pelayar mereka.

Pada bulan Mac lalu, Microsoft sudah mula mengaplikasikan CET bagi meningkatkan ciri keselamatan pada aplikasi-aplikasi sistem operasi Windows.

CET dibangunkan Intel untuk melindungi pengguna komputer daripada pelbagai serangan perisian hasad (malware).

Walaupun Microsoft Edge akan turut dilengkapi dengan CET, tetapi tidak semua pengguna akan mendapat manfaat dari ciri tersebut.

Ini kerana hanya komputer yang menggunakan cip pemprosesan Intel generasi ke 11 atau AMD Zen 3 sahaja yang akan menyokong ciri CET.

Microsoft pada awalnya merancang untuk memuatkan ciri CET pada versi Microsoft Edge 94. Tetapi kini Microsoft telah menangguhkannya kepada versi 95.

Sumber: Intel, Tech Radar

Baca juga:  Ciri Pelayar Microsoft Edge Ini Menyebabkan Penggunanya Terdedah Kepada Serangan Penggodam

Microsoft Edge 92 Secara Automatik Akan Menjadikan Laman Sesawang Lebih Selamat