Suatu ketika dahulu iaitu pada awal tahun 2000, aplikasi pelayar Firefox adalah antara pelayar popular yang yangdigunakan pengguna bagi melayari internet.

Walaubagaimanapun, tetapi keadaan kini adalah sebaliknya kepada pelayar tersebut di mana Firefox dianggarkan telah kehilangan penggunanya sekitar 46 juta pengguna.

Jumlah itu adalah bagi tempoh selama 3 tahun iaitu dari Disember 2018 sehingga Julai 2021.

Berdasarkan kepada laporan Firefox Public Data, pengguna Firefox kini hanyalah seramai 197,874,100 pengguna sahaja.

Menurut laman analisis Stat Counter,  Firefox kini di tangga ketiga keseluruhan sebagai pelayar paling popular di dikalangan pengguna iaitu di belakang Google Chrome dan Safari.

Tetapi melihatkan kepada trend graf pengguna Firefox, pelayar itu dijangka akan terus kehilanggan penggunanya pada masa hadapan.

Pengguna Firefox beralih kepada aplikasi pelayar lain seperti Safari dan Chrome mungkin berpunca daripada kurangnya kemas kini bagi meningkatkan prestasi pelayar tersebut oleh pembangunnya.

Malah tidak sepertimana aplikasi pelayar seperti Google Chrome yang tersedia dipasang dalam semua peranti Android dan pelayar Safari yang terrsedia dipasang dalam peranti iOS dan komputer Apple Macintosh, ia pastinya menyukarkan Firefox untuk bersaing dengan aplikasi-aplikasi tersebut.

Malah Microsoft juga kini hadir dengan pelayar Edge yang menggantikan pelayar Internet Explorer di dalam sistem Windows.

Jadi, sampai bilakah Firefox mampu bertahan?

Sumber: Firefox Public Data Report, PC Gamer