Sebelum ini telah dilaporkan tentang berlakunya gangguan rangkaian Celcom sejak bulan Julai lalu di beberapa lokasi di 6 negeri iaitu Perak, Johor, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Sabah.
Celcom juga memaklumkan isu liputan rangkaian mereka yang berlaku di 6 negeri tersebut hanya akan dapat dipulihkan pada 5 0gos 2021 nanti.
Tetapi pihak Celcom telah pun mula membaik pulih isu rangkaian mereka itu secara berperingkat.
Kini dari semakan terbaru yang dibuat di laman rasmi Celcom mendapati, hanya tinggal beberapa buah daerah di dalam 2 buah negeri sahaja lagi yang mengalami gangguan rangkain Celcom.
Negeri tersebut adalah negeri Sabah dan Sarawak. Daerah yang terjejas dengan rangkaian Celcom di negeri itu pula adalah seperti berikut:-
Celcom menyatakan daerah yang terjejas dengan gangguan rangkaian mereka akan mengalami gangguan perkhidmatan suara, mesej SMS dan perkhidmatan data yang berpunca daripada masalah satelit Measat.
Pengguna Celcom di daerah tersebut yang terjejas diharap bersabar kerana Celcom menyatakan rangkaian mereka akan kembali pulih sepenuhnya pada 5 Ogos ini.
Sumber: Celcom
Baca juga: Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro
MEASAT-3 Perlukan Lebih Masa Untuk Distabilkan Semula Isyaratnya
Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai
Gangguan Liputan Celcom Di 6 Negeri Kini Berlanjutan Sehingga Ke Bulan Ogos Pula