Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Hantar Mesej Kepada Diri Sendiri Bakal Hadir Buat Pengguna WhatsApp

Posted on November 9, 2022

WhatsApp telah melakukan beberapa perubahan sejak kebelakangan ini dan ia bakal mengeluarkan ciri baharu lagi.

Antara ciri baharu yang dikeluarkan adalah pengguna dapat menghantar mesej kepada diri sendiri. Ciri ini dapat diakses untuk kesemua pengguna beta Android dan juga iOS.

Pengguna hanya perlu mencari di senarai kenalan untuk melihat sama ada ciri ini sudah tersedia ataupun belum.

{suggest}

Sebarang teks yang dihantar di dalam perbualan ini akan dipaparkan pada peranti-peranti yang terpaut dengannya.

Sesetengah pengguna beta iOS mungkin telah menerima ciri ini seawalnya pada hari ini. Berkemungkinan ciri ini juga akan diperluaskan kepada pengguna-pengguna beta iOS yang lain pada masa yang akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Gambar: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress