Boleh dikatakan hampir kesemua permainan (game) di telefon pintar adalah percuma. Namun, ia tidak mampu menyekat nafsu pemain untuk mengeluarkan wang.

Laporan terbaharu dari Sensor Tower, hampir USD45 billion (~RM180 bilion) dibelanjakan pemain permainan mudah alih (mobile gamer) seluruh dunia setakat suku pertama tahun 2021.

Berdasarkan data yang diperoleh, Apple App Store adalah penyumbang terbesar dengan nilai USD26 bilion dibelanjakan. Sementara Google Play adalah USD18.7 bilion.

Selain itu, secara keseluruhan, App Store dan Play Store mencapai USD64.9 bilion termasuk game dan aplikasi lain. Kira-kira 68.9% dari angka dibelanjakan itu datang dari permainan mudah alih.

Bagaimanapun, kebanyakan game yang dibelanjakan ini bukanlah permainan yang paling banyak dimuat turun. Honor of Kings, PUBG Mobile, Genshin Impact, Roblox dan Coin Master adalah permainan yang mobile gamer gemar membelanjakan wang mereka.

Dari segi permainan paling banyak dimuat turun adalah Join Clash 3D, Garena Free Fire, High Heels, Bridge Race dan Among Us.

Sebenarnya tidak pelik jika game percuma paling banyak menjana pendapatan. Hal ini kerana permainan sebegitu kerap memberikan item kosmetik seperti skin. Bahkan, ada individu yang tidak mahu membeli game original tetapi sanggup habiskan duit dengan membeli skin.

Sumber: gamesindustry.biz

Baca juga – Lebih RM445 Billion Dibelanjakan Di App Store Dan Play Store Pada 2020

Baca juga – Free Fire Dinobatkan Permainan Mudah Alih Paling Banyak Dimuat Turun Pada Tahun 2020

Baca juga – 9 Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Data Log Masuk Dan Kata Laluan Facebook