Sebelum ini Nordlocker melaporkan kira-kira 1.2 TB data peribadi telah dicuri melalui perisian hasad yang menjangkiti komputer.

Baca juga – Perisian Cetak Rompak Didakwa Penyebab Lebih 1.2 TB Data Dicuri

Terbaru, mereka mengatakan perisian hasad tersebut berjaya mencuri hampir 26 juta maklumat log masuk seperti alamat e-mel atau nama pengguna serta kata laluan daripada laman yang popular.

Antara laman popular yang dimaksudkan itu termasuk Facebook, Gmail, Netflix, eBay, Steam, Garena, Twitter, Instagram dan banyak lagi.

Oleh itu, anda boleh semak sama ada anda terkesan dengan serangan tersebut dengan memasukkan e-mel ke laman haveibeenpwned.com. Jika terkesan, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan dengan segera.

Sumber: nordlocker