Sistem operasi HarmonyOS dari Huawei dilancarkan pada Jun yang lalu dan dalam masa seminggu, ia sudah dipasang pada 10 juta peranti.

Buat pengetahuan, Huawei menyasarkan sebanyak 200 juta peranti yang akan menjalankannya menjelang penghujung tahun ini. Selain itu, laporan terbaru menunjukkan bahawa HarmonyOS 2 sudah digunakan lebih daripada 90 juta peranti setakat ini dan akan menghampiri angka 100 juta tidak lama lagi.

Tambahan lagi, lebih daripada 90 model peranti Huawei dan HONOR menyokong sistem operasi ini dimana 56 daripadanya adalah model yang lama.

Bagaimanapun, kebanyakannya masih dalam peringkat beta umum kerana versi stabil HarmonyOS 2 hanya disokong telefon berkelas andalan Huawei sahaja.

Adakah anda sudah memasang HarmonyOS di peranti? Jika belum, anda boleh semak telefon yang menyokongnya di SINI.

Sumber: mydrivers

Baca juga: