Lebih 5 juta penduduk di Xiamen, China perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dek kerana 40 kes baru dikesan.
Namun, bukan hanya mereka saja perlu menjalani ujian itu tetapi juga haiwan laut termasuk ikan, udang, ketam.
Walaupun haiwan laut tidak mempunyai kemungkinan tinggi menjadi hos pada virus korona ini namun ia dikaitkan dengan pekerja pelabuhan dan mereka yang berkhidmat di pasar.

Video memaparkan ikan, badak sumbu, ketam dikenakan ujian swab telah berlegar di media sosial sana.
Media di China menyatakan kerisauan mereka tentang hidupan laut yang mungkin menjadi salah satu dalam rantaian penyebaran COVID-19.
Seperti kita tahu, banyak dakwaan mengatakan COVID-19 berasal daripada haiwan hidup dan pasar makanan laut di Wuhan.

Kerajaan China sebelum ini berkata mereka berjaya mengesan koronavirus pada papan pemotong yang digunakan untuk memotong ikan salmon yang diimport.
Disebabkan ini, pasar dan restoran menurunkan salmon daripada bekalan mereka dan ia turut menjejaskan aliran import.
Hal ini juga menyebarkan kekhuatiran dalam kalangan orang ramai untuk memakan hasil laut.
Antara haiwan lain yang turut diuji dengan saringan PCR ialah anjing, kucing, ayam dan panda.
Pihak media terkemuka melaporkan tindakan ini adalah untuk memastikan keselamatan haiwan selain pengunjung.
{suggest}