Bagi pengguna baharu Apple Watch atau pertama mencuba fungsi walkie-talkie, anda mungkin hadapi masalah ketika membuat ‘invitation‘ pada rakan pengguna Apple Watch yang lain untuk sama berhubung.
Isu yang kami hadapi ialah jemputan dihantar tidak sampai dan jemputan dari pengguna lain juga tidak kami peroleh. Apabila kedua-dua hala ini tidak berjaya, sambungan walkie-talkie langsung gagal.
Hal ini kerana Apple menuntut ‘invite’ ini diterima dahulu oleh salah seorang pengguna, barulah kedua-duanya dapat bebas berwalkie-talkie bila-bila masa.
Justeru, antara langkah yang anda boleh cuba adalah seperti di bawah.
- Padam semua jemputan walkie talkie.
- Guna iPhone anda untuk buat panggilan video FaceTime dengan rakan.
- Guna Apple Watch untuk buat panggilan (voice call) kepada rakan anda. Pastikan ia dibuat daripada Recents, bukan Contacts.
- Hantar semula jemputan walkie-talkie pada rakan.
Pastimya rakan anda mendapat notifikasi jemputan. Selesai menerima (meluluskan) jemputan, anda kini boleh bercakap melalui walkie-talkie selagi mana mengaktifkannya.
Sebelum mencuba kaedah ini, pastikan FaceTime anda diaktifkan terlebih dulu dan disambung pada nombor telefon. Jika tidak, mungkin itu yang menjadi punca kegagalan sambungan walkie-talkie.
Selain itu, anda juga boleh cuba menyahaktif dan kemudian aktifkan semula FaceTime. Ada pengguna mendapati kaedah ringkas ini berjaya membantu.