Motorola dengan GuRu Wireless telah memperlihatkan demo teknologi pengecas tanpa wayar yang membolehkan peranti pintar dicas pada jarak sejauh 3 meter.

GuRu Wireless adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam penghasilan pengecas tanpa wayar untuk pelbagai peranti pintar termasuklah sistem permainan dan sistem rumah pintar.

Menerusi video berdurasi 32 saat yang bertajuk “Over The Air WirelessPower“, Motorola memperlihatkan keupayaan teknologi pengecas yang dibangunkan mereka itu mampu mengecas peranti bukan sahaja pada jarak 3 meter, tetapi juga dalam lingkungan jarak itu dalam sudut 100 darjah, peranti pintar boleh dicas sambil peranti digunakan ditangan pengguna.

Malah pengecas tanpa wayar yang dibangunkan oleh Motorola bersama GuRu Wireless itu juga memperlihatkan keupayaannya mengecas sehingga 4 peranti serentak dan mengecas peranti yang berada dalam lingkungannya secara automatik.

Setakat ini Motorola tidak menyatakan sama ada mereka akan memasarkannya serta mendedahkan harga pengecas tanpa wayar tersebut/

Sumber: PCMag