Minggu lalu, khabar angin mengatakan Apple dijangka akan memperkenal iPhone 14 dengan warna kuning pada musim bunga ini.
Terbaharu, Mark Gurman yang mempunyai kredibiliti dalam perkongsian produk Apple berkata pengumuman iPhone 14 dengan warna baharu ‘akan berlaku’ dalam masa terdekat.
Nearly a year to the day after the announcement of the green iPhone 13, a new iPhone 14 color is indeed imminent.
— Mark Gurman (@markgurman) March 6, 2023
Sementara itu, MacRumors berkata pelbagai sumber memaklumkan bahawa pasukan PR Apple sedang bersiap sedia untuk taklimat produk bersama media pada hari ini, 7 Mac, yang mungkin berkaitan pelancaran warna baharu iPhone 14.
{suggest}
Seawal malam ini, Apple dijangka mengumumkan pilihan warna baharu iPhone 14 melalui siaran akhbar di Apple Newsroom, yang berpotensi diperkenalkan bersama sarung pelindung baharu iPhone dan warna tali Apple Watch.
Gambar utama: HardwareZone