Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
headset apple

Gurman: ‘Headset’ AR/VR Apple Guna M2, Mungkin Lancar Januari 2023

Posted on Jun 27, 2022

Apple telah lama dikhabarkan akan mengeluarkan headset AR/VR dan terbaharu, Mark Gurman mengatakan ia mungkin hadir dengan cip pemproses berkuasa, M2.

Menurut Gurman, peranti ini dilaporkan mampu memberi pengalaman realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR), termasuk cip M2 dengan 16GB RAM.

Kenyataan ini berlainan daripada ramalan penganalisis Ming-Chi Kuo sebelum ini bahawa headset Apple ini akan mempunyai satu pemproses dengan kuasa cip M1 dan pemproses tambahan khusus untuk mengendalikan data daripada sensor peranti.

Walaupun Gurman tidak menyebut tentang cip “kedua” seperti yang dikatakan oleh Kuo, ramalan berbilang cip juga pernah dilaporkan sebelum ini.

Tidak mustahil untuk Apple menukarkan cip kepada M2 oleh kerana cip tersebut baru sahaja diumumkan pada WWDC awal bulan Jun yang lalu.

Apple mengatakan cip ini nanti menawarkan CPU 18 peratus lebih pantas dan GPU 35 peratus lebih pantas jika dibandingkan dengan cip M1 yang lebih lama.

Tambah Gurman lagi, kemungkinan headset ini menyertakan 16GB RAM yang boleh menunjukkan tahap prestasi yang lebih berkuasa.

Turut dikhabarkan peranti ini akan dilancarkan pada bulan Januari 2023.

Sumber dan gambar utama: MacRumors

Baca juga:

  • Selepas Malaysia, Harga Apple Music Student Naik Lagi Di Negara Lain
  • Tonton YouTube Pada Apple Watch? Kini Jadi Realiti
  • Produk Vintaj Apple Ini Boleh Buat Anda Jadi Jutawan Jika Milikinya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress