Boleh dikatakan, hampir kesemua kanak-kanak sudah mempunyai telefon pintar. Tambah-tambah lagi sekarang ia salah satu keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Namun, internet yang luas tanpa sempadan ini kadangkala memberikan impak negatif kepada anak-anak jika disalah guna.

Salah satu platform yang kerap digunakan adalah YouTube. Pasti anda pernah terbaca dimana terdapat beberapa video seperti Upin Ipin tetapi kandungannya jauh terpesong kerana mengandungi unsur lucah.

Oleh itu, di sini kami kongsikan bagaimana untuk mengehadkan akses kandungan tidak bermoral itu dipaparkan pada peranti anak-anak.

Pertama sekali, buka aplikasi YouTube dan klik ikon akaun. Kemudian, klik pada Settings>General dan tekan pada Restricted Mode.

Selesai, maka kandungan-kandungan di YouTube yang mempunyai unsur keganasan atau seksual mahupun barang-barang terlarang akan disekat.

Walau bagaimanapun, ibu bapa masih lagi perlu memantau aktiviti anak-anak kerana menurut pihak YouTube, video yang ditapis tidak 100% tepat. Jadi, ibu bapa turut boleh menggunakan aplikasi Google Family Link bagi memudahkan pemantauan.

Baca juga – Guna Aplikasi Ini Untuk Pantau Telefon Anak-Anak

Baca juga – Ibu Bapa Kini Boleh Pantau TikTok Anak-Anak Dengan Ciri Baru Ini

Baca juga – Cara Menonton Youtube Secara “Picture in Picture” Pada iPhone