Effro yang merupakan platform perancangan acara serantau baru-baru ini telah melancarkan Gueststar iaitu sebuah perkhidmatan yang membenarkan sesiapa sahaja untuk mengupah bintang pilihan anda untuk menghasilkan kandungan video yang unik untuk tujuan peribadi.

Anda boleh mengupah selebriti dari Malaysia dan Singapura untuk membuat video seperti ucapan hari lahir, jenaka, kata-kata perangsang mahupun lamaran perkahwinan.

Platform ini turut bertujuan untuk mendekatkan lagi antara pengguna dengan bintang pilihan kegemaran.

Selain itu, pengguna boleh menghantar permintaan kepada bintang yang dipilih serta kandungan video yang diinginkan. Kemudian, dalam tempoh 7 hari selepas permohonan (tertakluk kepada kelulusan), video berdurasi 20 saat hingga 2 minit akan dihasilkan dan diterbitkan.

Terdapat lebih daripada 50 bintang yang ditawarkan dari Singapura dan Malaysia seperti Aishah, Atilia Haron, Dina Nadzir, Dynas Mokhtar, Yasmin Hani, Fahrin Ahmad dan ramai lagi.

Kos untuk menggunakan perkhidmatan ini bermula dari RM30 hingga RM3500. Kebanyakan video akan dihasilkan dalam bahasa Inggeris tetapi anda boleh memohon untuk bahasa Melayu dan Mandarin.

Gueststar kini sudah tersedia dan bagi anda yang berminat untuk perkhidmatan ini boleh memohon secara terus melalui pautan ini.