Sebelum ini Gucci hadir dengan bekas pelindung mewah bagi Apple AirPods Pro yang berharga RM1018 awal Januari lalu. Kini, mereka melancarkan versi yang lebih mewah.

Ditawarkan dengan dua model iaitu Beige dan GG Marmont yang masing-masing dijual pada harga yang sama sekitar RM4500.

Beige

Dari segi rekaan, Beige umpama suitcase mini dimana permukaannya didatangkan dengan kanvas GG Supreme Monogram daripada siri Bamboo dan diilhamkan daripada beg tangan Padlock.

GG Marmont

Manakala, model GG Marmont pula kelihatan lebih sederhana dimana berwarna hitam yang diperbuat daripada kulit dan logo berwarna emas yang sekali pandang sudah tahu bahawa ia adalah jenama Gucci.

GG Marmont

Kedua-duanya mempunyai fungsi yang masih sama iaitu hanya untuk menyimpan AirPods Pro anda tetapi dengan lebih bergaya.

Model Beige mempunyai tali seperti beg tangan dimana anda lebih mudah untuk membawanya. Kesemua bekas pelindung ini dijangka akan dijual pada hujung Disember 2020.

Sumber: Hypebeast