Sekitar Oktober yang lalu, GSC tampil dengan tawaran Gaming Cinema iaitu sewaan skrin pawagam untuk permainan konsol.

Kini, pada hari sama PlayStation 5 rasmi dilancarkan di Malaysia, tawaran tersebut dikemaskini dengan promosi potongan harga.

Sebanyak 12% diberikan kepada bakal penyewa menjadikan nilai sewaan RM220 untuk tempoh 3 jam penggunaan.

Dalam pada itu GSC turut menyertakan dua pilihan set makanan serta baucar F&B bernilai RM200. Pengurangan harga ini hanya ditawarkan untuk tempahan pada 12 Disember sahaja.

Bagi yang berminat boleh lihat lokasi pawagam GSC yang terlibat serta membuat tempahan. GSC hanya menyediakan kemudahan sewaan skrin pawagam sahaja dimana anda perlu membawa sendiri konsol tersebut.