Tahun 2019 bakal dihiasi dengan pelbagai filem-filem menarik baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Antara yang paling ditunggu-tunggu ialah filem Captain Marvel.
Filem dari francais terkemuka Marvel itu dijadualkan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada tarikh 7 Mac.
Tiket #CaptainMarvel akan dijual mulai esok!! Haaaa secure seats cepat dan tengok Captain Marvel di GSC 6 Mac ini!!
Yes, 6 Mac! We changed the release date so you can watch it earlier! Boommm ?? pic.twitter.com/LLGsZwTHCE
— GSC Cinemas (@GSCinemas) February 13, 2019
Akan tetapi, Golden Screen Cinema(GSC) memberi peluang kepada anda untuk menonton filem tersebut sehari lebih awal(6 Mac).
Menariknya, tiket bagi tayangan Captain Marvel ini boleh didapati bermula pada hari esok(14 Februari).
Maka bagi peminat Marvel sekalian, jangan lepaskan peluang anda untuk merebut tiket tersebut dan menonton Captain Marvel sehari lebih awal.
Sumber: GSC