Grab Malaysia hari ini telah mengumumkan GrabKitchen iaitu dapur awanan (cloud kitchen) pertama di Malaysia yang terletak di Hartamas. Ia pertama kali diperkenalkan di Jakarta pada 2018 dan telah berkembang sehingga 55 dapur awanan di seluruh Asia Tenggara.

Melalui GrabKitchen, ia sebenarnya adalah satu pusat one-stop” yang mana menempatkan pelbagai jenama restoran dalam satu kawasan atau kedai yang sama.

Dengan ini, anda boleh terus membuat pesanan daripada pelbagai jenama makanan dan hanya perlu membayar satu sahaja untuk kos penghantaran.

Setakat ini, hanya 11 restoran sahaja yang terdapat dalam GrabKitchen, antaranya adalah Kenny Rogers Roasters, Black Whale, Saba Restaurant, Salad Atelier dan banyak lagi.

Oleh itu, anda boleh memesan makanan atau minuman daripada mana-mana restoran tersebut dan kos penghantaran hanya dikira sebagai satu. Secara tidak langsung, ia menjimatkan kos anda.

Walau bagaimanapun, seiring dengan perintah kerajaan, GrabKitchen hanya dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam dan pesanan makanan perlu dibuat sebelum jam 9:20 malam.

Sumber: Grab