Grab dijangka mengumumkan satu perjanjian untuk membeli syarikat start-up Indonesia, Kudo, dengan harga melebihi $100 juta (RM440 juta), kata seorang sumber terdekat sebagaimana lapor Reuters.
Kudo merupakan satu servis yang menyediakan sistem perbankan online bagi membantu orang-orang luar bandar di Indonesia dalam membuat pembelian menerusi ajen.
Perjanjian itu mungkin akan diumumkan minggu ini dan Grab – pesaing terbesar Uber Technologies Inc – berharap pembelian itu akan membantunya berkembang dalam ruang pembayaran atas talian, kata sumber itu.
Bagaimanapun, Grab dan Kudo enggan mengeluarkan sebarang komen.