Seiringan dengan pengumuman perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, banyak sektor yang ditutup untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19. Hanya perkhidmatan penting negara sahaja yang dibenarkan untuk terus berjalan.
Antara servis penghantaran popular, Grab, hari ini mengumumkan bahawa operasi mereka akan berjalan seperti biasa pada tarikh yang dinyatakan. Ini termasuklah GrabFood, GrabMart, kenderaan, dan juga GrabExpress.
With regards to the announcement by our Prime Minister's on COVID-19, rest assured that ALL our services: GrabFood, GrabMart, Transport & GrabExpress -will operate as usual. We remain committed to supporting our community as we go through this tough time together as a nation. 1/2
— Grab Malaysia (@GrabMY) March 16, 2020
Sementara itu, perkhidmatan dahmakan juga membuat kenyataan yang sama akan juga kekal beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan.
FoodPanda juga pun masih beroperasi namun ia meningkatkan kebersihan dengan membuat penawaran penghantaran tanpa sentuh. Apa yang dimaksudkan adalah penghantar tidak perlu berada dekat secara terus dengan pelanggan. Penghantar makanan hanya perlu berada pada jarak 1M dari pelanggan ketika menghantar.