Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak dakwaan besar yang mengatakan Intel akan menghentikan siri kad grafik mereka, Intel Arc dek kerana kegagalan dan isu-isu padanya.
Selain itu, terdapat juga ciapan daripada tech leaker terkenal, Moore’s Law Is Dead yang mendakwa siri GPU Intel Arc telah ditamatkan.
This evening (morning?) I leak something I was hoping I wouldn't have to…Intel is Effectively Killing off ARC Discrete.
Not kidding, it's done…https://t.co/BrXMKAFE6w@anthony256 @VideoCardz @AnilGanti @usmanpirzada @hms1193
— Moore's Law Is Dead (@mooreslawisdead) September 10, 2022
Walau bagaimanapun, salah seorang General Manager AXG Group di Intel, Raja Koburi telah menjawab dan menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar.
we are 🤷♂️ about these rumors as well. They don’t help the team working hard to bring these to market, they don’t help the pc graphics community..one must wonder, who do they help?..we are still in first gen and yes we had more obstacles than planned to ovecome, but we persisted…
— Raja Koduri (Bali Makaradhwaja) (@RajaXg) September 12, 2022
Beliau tidak menafikan terdapat banyak cabaran dan isu yang dihadapi dalam membangunkan Intel Arc ini, tetapi menghentikan siri tersebut bukan satu pilihan.
{suggest}
Mereka juga menegaskan untuk sentiasa berusaha menambahbaik Intel Arc ini dalam berterusan dan bukanlah bersifat separuh jalan.
Sumber: Twitter, Raja Koburi