Apa lagi pembangunan ciri-ciri baru yang boleh membuatkan pengguna tegar kamera aksi untuk terus mendapatkan model terbaru GoPro?
Menurut laman WinFuture, GoPro akan melancarkan model terbaru kamera aksi mereka dengan memperkenalkan ciri paparan berwarna pada skrin hadapan GoPro Hero 9.
Selain itu, saiz skrin hadapan GoPro Hero 9 juga mungkin akan lebih sedikit besar dari model sebelumnya.
Walaubagaimanapun daripada imej awal yang terdedah, GoPro Hero 9 masih akan mengekalkan rekaan yang sama dengan model Hero 8.
Selain paparan hadapan berwarna, Gopro Hero 9 juga didakwa akan menyokong rakaman resolusi video sehingga 5K.
Setakat ini, hanya 2 ura-ura ini sahaja yang menarik perhatian para peminat GoPro. Harga jualan dan bilakah ia akan dilancarkan masih belum diketahui setakat ini.
Tetapi dengan pendedahan awal ini, ia memberi bayangan bahawa model GoPro Hero 9 akan dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.
Sumber: Tech Radar