Setiap kali melawati pusat beli-belah atau bangunan yang menyediakan tempat letak kereta kebiasaannya perlu lalui palang tiket bayaran. Mungkin ada yang merasakan proses ini agak melecehkan.

Oleh itu, GoPayz ada menyediakan servis baharu yang akan mengesan nombor plat lalu menolak bayaran meletak kenderaan secara automatik. Boleh lihat contoh dari pautan ini, https://fb.watch/v/2IPlYAzmA/.

Untuk nikmati servis ini, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pertama sekali anda perlu menjadi pemegang kad GoPayz UnionPay.
  • Kemudian aktifkan servisĀ Frictionless ParkingĀ di tetapan pembayaran keutamaan dalam aplikasi GoPayz.
  • Daftar nombor plat kenderaan dalam aplikasi GoPayz.
  • Selesai pengaktifan dan pendaftaran, anda boleh melalui palang masuk dan keluar lebih mudah.

Akan tetapi, buat masa ini ia hanya tersedia di beberapa lokasi terpilih di kawasan Lembah Klang sahaja. Selain itu, pemegang kad UnionPay juga boleh nikmati servis kewangan digital yang tersedia di aplikasi GoPayz.

Sumber: siaran akhbar GoPayz

Baca juga – Astro Tawar Saluran Percuma Ini Sehingga 31 Julai

Baca juga – Netflix Dilapor Ingin Menawarkan ‘Games’ Pada Platform Mereka Tahun Depan