Google Workspace yang dahulunya dikenali sebagai G Suite merupakan perisian berbayar dengan pelbagai ciri premium untuk kegunaan bisnes dan pendidikan.

Kini, pemilik akaun Google sudah boleh mengakses Workspace secara percuma untuk mengguna pelbagai ciri diperlukan bagi memudahkan kerja kolaborasi pada waktu yang sama.

Antaranya adalah kalendar, e-melpanggilan video, spreadsheets, slides, dan pelbagai lagi.

Selain itu, Google Chat kini ditukar kepada Spaces dan mendapat antara muka baharu yang lebih mudah digunakan.

Servis panggilan video Google Meet turut mendapat penambahan ciri baharu seperti Companion Mode yang membenarkan semua mendapat ciri maju (advanced) dan hos juga boleh mengawal ciri yang boleh diakses peserta.

Untuk mengakses ciri baru Google Workspace ini, ikuti langkah ini:

  • Buka Gmail di pelayar web komputer anda.
  • Tekan “Settings” di bahagian atas kanan dan pilih “View all Settings“.
  • Pilih “Chat and Meet” di bahagian atas.
  • Di bahagian “Chat”, pilih “Google Chat” untuk hidupkan Chat di Gmail.
  • Akhir sekali, tekan “Save Changes“.

Sumber: T3