Selepas 24 jam Apple mengesahkan acara iPhone 15, Google kini mengumumkan acara ‘Made By Google’ akan diadakan pada 4 Oktober 2023 bertempat di New York City.
{suggest}
Melalui acara itu nanti, Google dijangka memperkenal sejumlah produk, termasuk siri Pixel 8 dan Pixel Watch 2.
Big fall launches are stressful, but Pixel helps its friend stay cool as a cucumber. #BestPhonesForever
The w8 is almost over. Rest up for #MadeByGoogle on October 4th and sign up for updates: https://t.co/hcAzJ83ajV pic.twitter.com/NWBP2RTdSn
— Made by Google (@madebygoogle) August 30, 2023
Setakat ini, spekulasi mengatakan Pixel 8 Pro akan menggunakan cip Tensor G3 dengan 12GB RAM dan pilihan storan sehingga 256GB. Selain itu, ia berkemungkinan hadir dengan tetapan tiga kamera terdiri daripada 50MP utama, 64MP ultra-lebar dan 48MP swafoto.
Namun, untuk pengesahan mengenainya, nantikan acara yang bakal diadakan pada 4 Oktober depan. Sama seperti tahun lalu, acara itu bakal berlangsung 10.00 malam waktu tempatan dan siaran langsung boleh ditonton melalui laman rasmi Google atau YouTube.
Sumber: Google