Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Umum Acara Pelancaran Pixel 7 Dan Pixel Watch Pada Awal Oktober

Posted on September 7, 2022September 7, 2022

Google kini mengumumkan acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober, 10 malam. Melalui acara itu nanti, Google akan memperkenalkan beberapa produk termasuk siri Pixel 7 dan Pixel Watch.

It's all coming together.

Join us live for #MadeByGoogle on October 6th at 10am ET.

Sign up for updates and add to your calendar: https://t.co/SAeNERjey0 pic.twitter.com/NaeUtChx7X

— Made By Google (@madebygoogle) September 6, 2022

Berdasarkan laman web Google, dinyatakan serba sedikit mengenai spesifikasi siri Pixel 7, di mana ia akan dikuasakan cip pemproses Google Tensor G2 bersama sistem operasi Android 13. Terdapat tiga pilihan warna bagi Pixel 7 iaitu Snow, Lemongrass dan Obsidian. Sementara Pixel 7 Pro akan hadir dengan varian warna Snow, Hazel dan Obsidian.

{suggest}

Selain itu, Pixel Watch dengan Wear OS pula akan menjadi jam pintar pertama yang akan dilancarkan oleh Google pada acara itu nanti. Bagaimanapun, buat masa ini belum lagi diketahui cip yang akan diguna pakai pada jam pintar itu.

Sehingga itu, nantikan acara pelancaran yang akan berlangsung pada 6 Oktober kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress