Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google jantung

Google Kini Uji Pantau Kesihatan Menggunakan Telefon Pintar Sahaja

Posted on Mac 25, 2022

Google semalam mengumumkan perancangannya untuk menggunakan telefon pintar sebagai alat untuk pantau kesihatan. Dikatakan Google akan menguji sama ada ia dapat mengesan bunyi jantung dan imej bola mata (eyeball images) untuk mengenal pasti isu hanya dari rumah.

Syarikat di bawah Alphabet Inc itu juga sedang mengkaji sama ada mikrofon terbina dalam telefon pintar boleh mengesan degupan jantung apabila diletakkan di atas dada.

Menurut ketua kesihatan AI, Greg Corrado, jika berjaya, pembacaan ini akan membolehkan pengesanan awal gangguan injap jantung.

Walau bagaimanapun, dia tegaskan ia bukan pada tahap diagnosis tetapi hanya untuk mengetahui sama ada terdapat risiko yang tinggi.

Penyelidikan mata pula tertumpu pada pengesanan penyakit, seperti yang berkaitan dengan diabetes, melalui gambar.

Google berkata mereka telah melaporkan keputusan awal yang “meyakinkan” menggunakan kamera tabletop di klinik dan kini akan memeriksa sama ada gambar telefon pintar boleh memberi fungsi yang sama.

Greg Corrado berkata lagi, dengan bantuan dari doktor, usaha ini boleh membantu orang ramai untuk lebih memahami dan mengambil tindakan berkenaan kesihatan dari rumah mereka sendiri.

Projek ini selari dengan pengumuman tahun lepas tentang mengukur kadar jantung dan pernafasan menggunakan kamera telefon pintar, yang kini tersedia pada banyak peranti melalui aplikasi Google Fit.

Sumber: Silicon.co.uk

Baca juga:

  • Tiada Lagi Tab Filem Dan TV Di Google Play Store
  • Google Didakwa Kutip Data Pengguna Dari Aplikasi Google Messages Dan Google Phone
  • Dikatakan Berat Sebelah, Google Dilapor Telah Disaman Orang Berkulit Hitam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress