Pemilik akaun YouTube jangan salah faham terhadap terma dan servis terbaru YouTube.
Baru-baru ini pihak Google telah mengubah kandungan terma dan servis laman YouTube mereka terhadap penggunanya.
Tetapi terma dan servis baru YouTube tersebut telah menyebabkan kebimbangan kepada sebahagian besar pemilik akaun YouTube yang mendakwa akaun mereka akan dibatalkan kerana ia tidak menjana keuntungan.
Ia berdasarkan kepada kenyataan di bahagian “Account Suspension & Termination” yang menyatakan,
“YouTube may terminate your access, or your Google account’s access to all or part of the Service if YouTube believes, in its sole discretion, that provision of the Service to you is no longer commercially viable.”
Susulan daripada kekeliruan kenyataan tersebut, pihak YouTube respon dengan menjelaskan mereka tidak menamatkan sebarang akaun YouTube yang tidak menjana keuntungan.
To clarify, the "commercially viable" section is not about terminating an account bc it’s not making money / not in YPP. It’s about discontinuing certain features or parts of the service bc they are outdated or have low usage. This does not impact creators or viewers in new ways.
— TeamYouTube (@TeamYouTube) November 11, 2019
Kekeliruan ini mungki dapat dielakkan sekiranya pihak Google mengasingkan bahagian “Account Suspension & Termination” pada seksyen yang lain.
Sumber: Bleeping Computer