Minggu lalu, Google telah mengumumkan kehadiran peranti Pixel 6 dan Pixel 6 Pro kepada umum. Melaluinya, cip pemproses Tensor bakal menguasakan telefon andalan mereka.

Google yang sebelum ini bergantung dengan Qualcomm akhirnya sudah mula bertukar selera. Walaupun tiada perincian spesifikasi cip pemproses itu, ia dikatakan sebuah cip Samsung Exynos misteri yang tidak dilancarkan.

Menurut laporan terdahulu, Samsung pernah membangunkan Exynos 9855 yang mana ia dirujuk dengan kod nama Whitechapel. Kod nama ini juga dirujuk Google sebagai Tensor.

Bermakna, Tensor adalah cip Exynos yang tidak dilancarkan. Tambahan lagi, spesifikasi Exynos 9855 amat hampir dengan Exynos 9840 dimana ia merupakan Exynos 2100 yang menguasakan barisan Galaxy S21.

Selain itu, Exynos 9855 ini sebenarnya juga dibangunkan bersama-sama cip pemproses Exynos 9925. Dijangkakan cip tersebut bakal menggunapakai nama Exynos 2200 yang menjana barisan Galaxy S22.

Sekiranya benar, Samsung memainkan peranan amat penting dalam pembangunan Google Tensor ini dan mungkin prestasinya adalah hampir sama atau lebih baik daripada siri Galaxy S21.

Apa-apa pun, tahun 2020, Google dikatakan mahu menggunakan cip teknologi 5nm dari Samsung yang kemudiannya mirip dengan khabar angin tahun ini. Malah, bulan lepas juga Google dilaporkan ingin menggunakan GPU AMD pada cip mereka.

Sumber: sammobile

Baca juga: