Tanggal 22 April merupakan tarikh yang dikhaskan untuk Hari Bumi Sedunia. Apa yang ingin dititik beratkan pada hari tersebut adalah memperingati bumi serta memberi kesedaran kepada umum untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan planet tersebut.
Google juga tidak mahu ketinggalan dalam menyertai kempen ini. Hari ini, gergasi teknologi itu memuat naik satu Doodle khas sempena Hari Bumi.
Ringkasnya, Doodle itu menceritakan tentang seekor musang dan rakan-rakannya yang sedar akan kepentingan untuk menjaga bumi. Antara pengajaran yang diberi dalam Doodle itu termasuk:
1 – Kesedaran untuk menanam kembali pokok.
2 – Memakan buah dan sayur hijau boleh mengurangkan pembuangan sisa.
3 – Berkongsi kenderaan boleh membantu dalam mengurangkan pencemaran udara.
4 – Gunakan tenaga alternatif!
5 – Gunakan tenaga dengan lebih optimum. Contoh: Tutup lampu bila tidak digunakan.
Untuk melihat Doodle itu secara penuh, boleh layari google.com.