Jika ia menjengkelkan anda, bolehlah tutup video-video tersebut dari dimainkan secara automatik.
Dalam bulan September lalu, Google telah pun perkenalkan ciri automatik memainkan video di dalam Play Store mereka.
Ciri tersebut membolehkan video-video yang dipaparkan pada penawaran Permainan di Play Store dimainkan secara automatik. Sebagai contoh di bahagian “Game spotlight”.
Walaubagaimanapun, sebelum ini pengguna tidak diberikan tetapan yang membenarkan mereka mengawal video-video itu dimainkan secara automatik yang menjengkelkan sebahagian pengguna.
Tetapi kini, Google telah mewujudkan tetapan yang membolehkan pengguna menutup video-video tersebut dari dimainkan.
Tetapan tersebut boleh diakses menerusi Settings > Auto-play videos.
Jadi dengan adanya tetapan baru ini, pengguna lebih mempunyai kawalan ke atas Play Store sekaligus dapat menjimatkan data internet mereka.