Google didakwa akan memperkenalkan peranti Pixel Fold dan 7a dalam acara Google I/O pada tahun ini. Berdasarkan sumber yang dipercayai, acara tersebut akan berlangsung pada bulan Mei tidak lama lagi.
Google Pixel Fold dilaporkan hadir dengan storan 256GB dan 2 pilihan warna – Carbon dan Porcelain.
Sementara itu, Pixel 7a bakal hadir dengan model asas 128GB storan, harga permulaan sekitar €500 (~RM2,399.00) dan hadir dengan 3 pilihan warna – Carbon, Cotton, and Arctic Blue.
Menariknya lagi, kedua-dua peranti baharu Google itu dikhabarkan hadir dengan Android 14 secara terus daripada kotak.
{suggest}
Sumber: XDA Developer