Kami telah melaporkan sebelum ini bahawa kemungkinan Google Pixel 5a tampil dengan rekaan seumpama Pixel 4a. Apa yang membezakan kedua-dua telefon tersebut hanyalah spesifikasi dalaman.

Kini, dikhabarkan Pixel 5a akan diperkenalkan Google pada 11 Jun ini yang mana ia lebih cepat berbanding pelancaran Pixel 4a tahun lalu.

Dalam pada itu, tidak dilupakan juga telefon andalan yang dinantikan ramai peminat Pixel, iaitu Google Pixel 6 bakal dilancarkan selepas pengenalan Pixel 5a.

Imej Pengolokan Pixel 6

Ura-ura mengatakan Pixel 6 dilengkapi paparan berlubang bahagian tengah seperti mana yang kita lihat pada kebanyakan telefon Android masa kini.

Selain itu, fungsi nyahkunci menggunakan imbasan wajah juga dijangka akan kembali serta dikatakan kamera swafoto mampu merakam video 4K.

Sumber: 9to5google