Google sebentar tadi telah melancarkan model terbaru telefon pintar bajet Pixel 5a 5G.

Telefon pintar terbaru Google ini dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon™ 765G yang dilengkapi dengan ciri keselamatan terbina Titan™ M Security Module.

Paparannya pula menggunakan skrin OLED FHD+ (2400 x 1080) bersaiz 6.34 inci, 6GB RAM dan storan 128GB.

Ia juga dilengkapi dengan 2 kamera utama iaitu 12.2MP dan 16MP ultra lebar serta kamera hadapan 8MP.

Pixel 5a 5G terima penakrafan tahn air dan debu IP67.

Manakala kapasiti baterinya pula hanya sekadar 4620mAh dan disokong oleh pengecas pantas 18W sahaja.

Pilihan warna yang ditawarkan juga hanya satu sahaja iaitu Mostly Black.

Berikut adalah perbandingan antara Pixel 5a dengan model terdahulu Pixel 5 dan Pixel 4a yang dilancarkan lewat tahun lalu.

Untuk peringkat awal, hanya pengguna di A.S dan Jepun sahaja yang boleh membuat tempahan awal ke atas Pixel 5a 5G ini yang berharga USD449.00 (sekitar RM1,900.00).

Untuk info lanjut tentang spesifikasi Pixel 5a 5G ini, sila layari laman rasmi Google Store US.

Sumber: Google