Google mengumumkan Pixel generasi ketiga pada Oktober tahun yang lalu dan kini, versi pertengahan pula dikatakan sedang dipersiapkan.
I have access to a Pixel 3a. (basic details here: https://t.co/rKyLCjLTh6) Ask me anything and I’ll see what I can answer.
— Stephen Hall (@hallstephenj) March 19, 2019
Berdasarkan informasi perkongsian Stephen Hall, model 3A akan dilengkapi dengan skrin paparan OLED 5.6 inci disamping penggunaan cip Snapdragon 670, RAM 4GB, storan 64GB kamera swafoto 8MP, kamera belakang 12MP dan dijana dengan bateri 3000mAh.
Bagi Pixel 3A XL pula, skrinnya bersaiz 6 inci tetapi masih belum dapat dipastikan pada spesifikasi lain.
Walaupun prestasi aplikasi kameranya dikatakan rendah, tetapi dinyatakan juga kualiti imej itu mungkin menyamai apa yang dihasilkan oleh Pixel 3.
Jika apa yang dikhabarkan ini benar, ia mungkin memberi saingan hebat didalam pasaran kelas pertengahan. Difahamkan juga model ini tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.
Sumber: 9t05Google