Pada 25 September lalu, kami pernah melaporkan mengenai pengiktirafan yang diterima oleh iPhone XS Max sebagai telefon pintar dengan paparan skrin terbaik dari DisplayMate.
Bagaimanapun, peranti Apple berkenaan kemungkinan besar tidak mampu bertahan lama di takhta tersebut. Ini kerana, berdasarkan satu kicauan di laman Twitter rasmi @DisplayMate, Google Pixel 3XL telah pun menerima penarafan A+ tertinggi.
DisplayMate has Lab Tested the Google Pixel 3 XL OLED Display which has earned our Highest A+ Rating and a DisplayMate Best Smartphone Display Award. Our in-depth Display Shoot-Out review article will go live here on Monday October 15.
— DisplayMate Tech (@DisplayMate) October 9, 2018
Ia secara tidak langsung menjadikan peranti yang baru dilancarkan itu sebagai ‘raja paparan’ terbaru di dunia telefon pintar. Menurut DisplayMate lagi, satu artikel yang lebih mendalam akan dikeluarkan pada 15 Oktober ini.
Google Pixel 2 XL sebelum ini menerima beberapa rungutan mengenai paparannya. Maka berita terbaru ini sedikit sebanyak menarik minat pengguna peranti tersebut untuk mencuba sendiri kualiti paparan yang ada pada model Pixel 3 XL kali ini.
Sumber : Android Police @DisplayMate