Antara aplikasi yang sarat dengan pelbagai fungsi selain sekadar storan media adalah Google Photos.

Google Photos hari ini mengumumkan satu ciri menarik gambar sinematik 3D yang menggunakan pembelajaran mesin dengan mengira dan mengukur kedalaman gambar.

Gambar janaan 3D ini mempunyai sedikit animasi sinematik menjadikannya sebuah video daripada gambar statik yang lebih hidup dan menarik.

Google Photos akan menjana gambar sinematik 3D ini secara automatik melalui highlights yang diletakkan pada bahagian atas aplikasi tersebut.

Google juga mengumumkan ciri Memories baharu untuk gambar kesukaan anda. Berpandukan gambar yang dimuat naik ke Google Photos, algoritma Google akan mengatur apakah gambar kesukaan anda dan kemudiannya mempamerkannya pada bahagian highlights.

Kesemua fungsi dan ciri yang diumumkan akan mula diedarkan pada bulan hadapan. Untuk kenyataan penuh pengumuman terbaharu Google Photos, boleh ke pautan ini.

Sumber: Google Photos