Menjelang pelancaran tidak lama lagi, Google secara rasmi kini memperlihat rekaan Pixel 8 dan Pixel 8 Pro.
{suggest}
Melalui video teaser, ia memperlihat rekaan yang sama seperti tertiris sebelum ini. Video selama 23 saat itu menampilkan rekaan Pixel 8 Pro dengan kemasan matte, bersama sensor suhu di bahagian belakang serta rekaan bar kamera baharu.
Jika sebelum ini, bar kamera mempunyai susunan 2+1, namun Pixel 8 Pro hadir dengan tetapan tiga lensa yang diletakkan dalam satu bar kamera yang sama.

Sementara itu, tidak banyak perubahan yang dilakukan pada model Pixel 8, sekurangnya-kurangnya dari segi rekaan yang dipamerkan.
Dari segi warna, Google mendedahkan kedua-dua model bakal hadir dengan pilihan warna baharu. Pixel 8 didatangkan dengan warna rose/salmon, manakala Pixel 8 Pro dengan warna Porcelain.
Sebagai tambahan, video tersebut turut mengesahkan pra-pesanan akan tersedia sejurus pelancaran, iaitu bermula 4 Oktober 2023.
Dengan mendedahkan rekaan penuh siri Pixel 8, Google berkemungkinan mempunyai perkara lebih penting yang ingin ‘disajikan’ pada hari pelancaran kelak, terutamanya dari segi perisian dan ciri-ciri baharu.
Sementara itu, walaupun sudah diketahui tarikh ketersediaan siri Pixel 8, tetapi sayangnya sama seperti sebelum ini – ia tidak akan dijual secara rasmi untuk pasaran Malaysia.
Sumber: Made by Google