Bagi menjadikan platform e-mel mereka lebih selamat kepada penggunanya, Google kini mula memperkenalkan ciri baru ‘tanda biru’ dalam Gmail.
Ia sebagai langkah dalam membantu pengguna mengesahkan bahawa mesej e-mel yang diterima mereka adalah daripada penghantar yang disahkan, bukan oleh pihak ketiga yang menyamar.
Google menyatakan, pengesahan e-mel yang kukuh membantu pengguna dan sistem keselamatan e-mel mengenal pasti dan menghentikan spam.
Ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan terhadap sumber e-mel dan mewujudkan ekosistem e-mel yang lebih baik dan selamat untuk semua penggunanya.
Ciri baru ini sudah mula ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula 3 Mei 2023.
Dijangkakan semua pengguna Gmail akan tersedia terima ciri ini dalam tempoh 1 hingga 3 hari dari tarikh ia dilancarkan.
Ia termasuklah kepada semua pelanggan Google Workspace, pelanggan G Suite Basic dan Business serta pengguna Akaun Google peribadi.
{suggest}
Sumber: Google