Jika anda sedang menggunakan pelayar Chrome di peranti yang menjalankan macOS, maka anda sebaiknya menaik taraf Chrome ke versi terkini iaitu versi 99.0.4844.84.
Ini disebabkan sebuah lompong dinamakan CVE-2022-1096 yang masih belum diketahui bahayanya mampu menyerang pelayar anda yang belum dikemas kini.
Google sedia maklum tentang CVE-2022-1096 setelah diberitahu oleh pihak penganalisis keselematan yang tidak didedahkan namanya.
“Type confusion” merujuk pada pepijat yang boleh membuatkan pelayar crash akibat pengurusan memori yang terjeas serta membolehkan pihak tidak bertanggungjawab melancarkan kod serangan.
Namun, Google tidak menyediakan butiran pepijat (bug) ini namun dikatakan sebuah “type confusion” dalam enjin JavaScript V8 digunakan Chrome.
Menurut syarikat AS ini, mereka akan mendedahkan perincianya selepas mendapat maklum balas daripada kebanyakan pengguna tetapi akan tetap merahsiakannya juga pepijat ini masih belum diatasi pada pustaka pihak ketiga yang bergantung padanya.
Sumber: Chrome
Baca juga: