Rata-rata pengguna sekarang banyak menggunakan WhatsApp, Telegram, dan media sosial sebagai medium utama untuk komunikasi atas talian.

Manakala aplikasi pemesejan yang tersedia pula digunakan untuk terima kod OTP, pengesahan transaksi, iklan tawaran, nasihat dari MKN, dan lain-lain.

Terbaru, Google telah menambah ciri baru pada aplikasi Google Messages yang akan mengatur mesej kepada empat kategori. Katergorinya adalah Personal, Transactions, OTPs, dan Offers.Google Messages categories

Selain itu, aplikasi tersebut juga diberi ciri membuang OTP secara automatik selepas tempoh 24 jam.

Dengan ini, proses pengasingan mesej penting menjadi lebih mudah dan pengguna tidak perlu lagi bersusah payah mengatur Inbox secara manual.

Namun, ciri ini hanya akan mula dilepaskan di India dan tidak jelas sama ada ia akan tiba untuk di negara-negara lain.

Sumber: 9to5Google

Baca juga – Google Authenticator iOS Kini Menyokong Face ID Atau Touch ID

Baca juga – Cara “Reset” Maklumat Iklan Yang Dikongsi Di Peranti Android