Google telah pun memperkenalkan Rich Communications Services (RCS) messages pada penghujung tahun yang lalu. Melaluinya, ciri penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end enryption) di aplikasi Messages kini ditawarkan kepada semua.

Seperti yang ada iPhone, mesej yang dihantar dalam bentuk RCS akan berwarna biru gelap sementara SMS atau MMS berwarna biru cair. Ikon berbentuk mangga juga akan terpapar pada butang hantar dan mesej perbualan.

Namun, penyulitan tersebut tidak tersedia untuk mesej SMS/MMS dan juga mesej kumpulan. Selain itu, fungsi starred message juga sudah ada pada aplikasi Message.

Ia mirip yang digunakan pada WhatsApp, bezanya mesej yang sudah “dibintangkan” itu akan disusun mengikut kategori seperti kata laluan WiFi, alamat dan sebagainya.

Sumber: android