Bagi memudahkan orang ramai di Amerika Syarikat mendapatkan vaksin COVID-19, Google telah mengumumkan akan menjadikan beberapa lokasi pejabat terpilih mereka sebagai pusat untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Ia termasuklah ruang parkir dan kawasan terbuka yang dimiliki Google.

Ia dimaklumkan oleh CEO Google dan Alphabet, Sundar Pichai.

To help with vaccination efforts, starting in the United States, we’ll make select Google facilities—such as buildings, parking lots and open spaces—available as needed. These sites will be open to anyone eligible for the vaccine based on state and local guidelines” Sundar Pichai.

Selain itu, Google turut memaklumkan mereka mendermakan sebanyak USD150 juta bagi tujuan mempromosikan pendidikan vaksin dan USD100 juta lagi kepada beberapa organisasi kesihatan di seluruh dunia termasuk Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO).

Berdasarkan semakan semasa di laman WHO, kes COVID-19 di A.S sudah hampir mencecah 25 juta kes dengan merekodkan lebih daripada 414,000 kematian akibat wabak tersebut.

Manakala kes terkumpul COVID-19 di seluruh dunia pula adalah sebanyak 98,794,942 kes.

Sumber: Google, WHO